Tuesday, 25 August 2015

700 Remaja Sertai Kejuaraan Silat Kebangsaan di Kuantan 26-30 Ogos 2015

TIMBALAN Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (tengah) bersama Setiausaha Agung Persatuan Silat Negeri Pahang (PESAKA Pahang), Datuk Osman Nok (kanan) dan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Suriani Abdul Hamid ketika memperkenalkan piala Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan Ke-8 di Kuantan, hari ini. - Foto Asrol Awang Asrol Awang


Selasa, 18 Ogos 2015


KUANTAN: Kira-kira 700 pesilat dari 16 pasukan akan mengambil bahagian dalam Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan Ke-8, di sini pada 26 hingga 30 Ogos ini. Timbalan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah berkata peserta terdiri daripada 11 pasukan negeri, selain Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.
Katanya, penyertaan turut diterima daripada Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia dan Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia. "Kejohanan lima hari itu, akan membabitkan 20 pesilat lelaki dan 18 pesilat wanita yang mewakili setiap pasukan bagi menyertai lima kategori pertandingan iaitu Kategori Tanding, Silat Seni Jurus Tunggal, Silat Seni Ganda, Silat Seni Regu dan Silat Seni Sola Kreatif. "Semua pesilat berkenaan akan merebut 30 pingat emas, 30 perak dan 56 gangsa yang dipertandingkan.
"Pemenang akan dipilih mewakili negara dalam dua kejohanan antarabangsa pada November dan Disember depan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Md Sohaimi berkata, pemenang bagi kategori yang dipertandingkan akan dipilih untuk mewakili negara pada kejohanan ASEAN Schools Games di Brunei, November ini dan Kejuaraan Silat Remaja Dunia yang disertai 25 negara di Kuala Lumpur pada 26 hingga 30 Dis depan. Dalam pada itu, Sohaimi yang juga Presiden Pesaka Pahang berkata, selaku tuan rumah Pahang mensasarkan pungutan lapan pingat emas untuk muncul juara keseluruhan pada kejohanan itu. Pada kejohanan sama di Melaka pada 2011, Pahang menduduki tempat kedua dengan pungutan empat pingat emas.

Wednesday, 12 August 2015

Penerbitan Buku Oleh Guru PSGFM



Wan Baharuddin Haji Wan Mamat, 2014.  Seni Silat Dari Kacamata Islam: Seni Gayung Fatani.  Kelantan: Pustaka Hayyi.