Monday, 16 November 2015

Kutukan ke Atas Serangan Paris

Gambar sumber Google.  Jika dilihat pada cap badge ialah anggota France Foreign Legion (FFL) yang sedang berkawal di Eiffel Tower.  Tarikh gambar tidak diketahui.


Pada petang 13 November 2015 yang lepas, kota Paris digemparkan dengan beberapa letupan bom dan tembakan.  Serangan disasarkan di beberapa tempat penting yang terdapat ramai orang berkumpul.  Sehingga kini ISIS telah mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan tersebut.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan "tiada telur" ISIS ini.  Jika benar-benar memperjuangkan Islam mereka pasti tahu Rule of Engagement (RoE) yang diajarkan Nabi Muhammad SAW.  Saya menganggap false flag attack ini hanya menunjukkan siapa sebenar ISIS - buah catur CIA dan MOSSAD cuma.

Saya mendoakan saudara kami, PSGFM France, agar dalam keadaan selamat sejahtera.  Saya bersimpati dengan kejadian yang meragut banyak nyawa ini.  Diharap anda semua bertabah hati dalam menghadapi hari mendatang.




Tuesday, 10 November 2015

Sekalung Tahniah Buat Cikgu Dr. Rahman

PSGFM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Cikgu Dr. Rahman di atas kejayaan beliau memperolehi Doktor Falsafah (Doctor of Philosophy, PhD)nya pada Istiadat Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2015 pada minggu yang lalu.

Tajuk tesis beliau ialah Ilmu Kependekaran Melayu.  Difahamkan tesis PhD beliau akan dibukukan juga seperti tesis master beliau yang bertajuk Seni Silat Melayu Sejarah Perkembangan dan Budaya yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Semoga kajian dan penulisan beliau dapat membangunkan lagi silat dari nilai akademi.

Diharap juga kejayaan beliau dituruti oleh ramai lagi ahli PSGFM di masa akan datang.

Tahniah sekali lagi.

Cikgu Norazam, murid kanan Cikgu Dr. Rahman mengambil gambar kenangan bersama gurunya sempena Istiadat Konvokesyen UKM 2015.