Wednesday, 26 October 2016

Sekalung Tahniah - 2016 Tahun Guru-Guru PSGFM Diiktiraf

Tahun 2016 memperlihatkan beberapa orang guru PSGFM menerima pingat kebesaran negara dan negeri atas sumbang bakti mereka dalam kerjaya masing-masing.  Tahniah diucapkan.

Cikgu Kamarul Ariffin Bahagian Teknikal PSGFM dan Naib Pengerusi PSGFM WPKL menerima Pingat Ahli Mahkota Wilayah (A.M.W.) pada Jun 2016 yang lalu.

A.M.W milik Cikgu Kamarul.




Prof. Madya Mohd Ariff Setiausaha Agung PSGFM menerima Darjah Seri Melaka (D.S.M.) pada 16 Oktober yang lalu.

D.S.M milik Prof. Ariff.



Cikgu Yazid dan Cikgu Masliza menerima Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.) dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.

Info: Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.) merupakan pangkat terakhir antara enam pangkat dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (YMPN).  YMPN merupakan darjah ketiga antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia.

P.P.N. (Sebelah kanan untuk penerima wanita dan sebelah kiri untuk penerima lelaki).


Nota:  Semua gambar penganugerahan dan gambar pingat diambil dari laman Facebook para guru.  Maaf andai penulis memuat naik di sini tanpa keizinan para guru.

Tuesday, 25 October 2016

Festival Silat Internasional, Padang, Indonesia - Perkembangan


Berikut adalah perkembangan/keputusan pertandingan.  Cikgu Aliff mendapat tempat ketiga dalam acara solo putera manakala Yana mendapat tempat kedua dalam acara solo puteri.  Tahniah dan syabah kepada mereka berdua dan kepada guru mereka Cikgu Halim bin Hamit kerana telah mengharumkan nama PSGFM dan Malaysia.

Yana sedang beraksi.

Aliff pula beraksi.

Penyampaian pingat Aliff.

Penyampaian pingat Yana.

Monday, 10 October 2016

Latihan Sulung Papensi, France

Images intégrées 2

Pada 5 Oktober 2016 yang lalu merupakan latihan sulung untuk kelab kedua PSGFM Perancis - Papensi.  Gelanggang ini terletak di Metz (rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/Metz), dikendalikan oleh Cikgu Bertrand Pierrard.  Pada latihan yang pertama itu, mereka telah berjaya menarik minat 10 orang pelajar.

Cikgu Audran (kiri) membantu Cikgu Bertrand (kanan) dalam tunjuk cara kaedah dalam Seni Gayung Fatani.

Cikgu Audran dengan Sikap Serongnya.



Suasana gelanggang dan proses pendidikan silat di Papensi.


Didoakan agar sahabat-sahabat di Culture Silat dan Papensi terus mencapai kejayaan dalam mengembangkan Seni Gayung Fatani di bumi France.

Sila layari laman sesawang mereka untuk maklumat lanjut http://papensi.fr/

5th Asian Beach Games - Da Nang, Vietnam 2016


Ucapan setinggi tahniah kepada pasangan ganda puteri Malaysia, Cikgu Syazreen dan Cikgu Mieza yang sekali lagi mengharumkan nama Malaysia, PSGFM dan KCH apabila berjaya memenangi pingat Perak di kejohanan ini.

Ucapan syabas kepada Cikgu Halim Hamit yang sentiasa melahirkan pesilat yang berkualiti untuk PSGFM dan Malaysia.


Festival Silat Internasional, Padang, Indonesia


Insyaallah dua pesilat PSGFM dari Kelab Cikgu Halim (KCH) akan mewakili Malaysia ke festival ini seperti butiran pada poster.  Kita doakan kejayaan mereka berdua yang akan bertanding di dalam kategori solo putera dan puteri.

Sunday, 9 October 2016

TAFISA Games 2016 - Tahniah PSGFM!

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Cikgu Halim Hamit dan 4 orang pesilatnya yang telah berjaya merangkul kemenangan  sebagai Best Unique Performance of Group Female.

Pasukan masal bergambar kenangan bersama guru mereka sebelum giliran persembahan.

Srikandi PSGFM.

Ketika majlis penyampaian hadiah.   Sebelah mereka kelihatan seperti pasukan Singapura.  Tiada maklumat berkaitan mereka.

Meraikan kemenangan.

Bukti kemenangan - piala dan sijil.




Thursday, 6 October 2016

TAFISA Games 2016


Kami semua mendoakan kejayaan pasukan PSGFM yang diketuai oleh Cikgu Halim bin Hamit, Timbalan Guru Utama PSGFM dan dianggotai oleh 4 orang anak muridnya yang terpilih mewakili Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia dalam acara masal ke Martial Arts Festival, The 6th TAFISA Games 2016 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia dari 6 hingga 9 Oktober 2016.


Sedikit maklumat berkenaan TAFISA:

The 6th TAFISA World Sport for All Games will be held under the patronage of UNESCO and IOC, acknowledging once again the important role that traditional sports and games play in shaping civilizations and cultures, national identities, and cross-boundaries unity. It is estimated that TAFISA Games 2016 will involve 12,000 participants from 110 TAFISA member countries.
The 2016 Games, to be held from the 6th to the 12th of October 2016 in Jakarta, Indonesia, promises to be unique. During the Organising Committee meeting that was held in Jakarta from the 26th of April to the 1st of May 2014, representatives from TAFISA and FORMI visited inspiring potential venues for the event, including the famous park “Ancol”, the open-air museum and recreation park "Taman Mini",

Rujukan: http://tafisagames2016.com/


Wednesday, 14 September 2016

Hari Ulang Tahun PSGFM ke 40


Sebenarnya post ini lewat sehari dari tarikh sepatutnya ia diraikan.  Terima kasih kepada rakan-rakan dari Perancis yang mengingatkan penulis tentang hal ini.

40 tahun PSGFM
(14 September 1976 - 14 September 2016)


Selamat menyambut ulang tahun ke 40 untuk PSGFM.  Pada usia ke 40 tahun, PSGFM sudah mencapai satu tahap kematangan.  Namun mestilah kita semua muhasabah diri, apakah yang telah kita lakukan sepanjang kita berada di dalam pertubuhan ini.  Jangan sehingga segala penat lelah Allahyarham Guru Utama dan para Guru Tua menjadi sia-sia.

FATANI NUSA BAKTI!

Wednesday, 7 September 2016

Persembahan PSGFM di Bercy Festival Sedunia Seni Beladiri Ke-5 oleh Allahyarham Tuan Haji Basiron, Mantan Pengerusi PSGFM

Persembahan beliau bersama Guru Mufti dari Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

video

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) di France - Sekilas Pandang

Kali ini kita berpeluang meyelusuri sejarah ringkas bagaimana PSGFM bertapak di bumi Perancis.  Marilah kita memanjatkan doa dan menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada para guru yang telah berjuang mengembangkan Seni Gayung Fatani di sana seperti Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd. Wahab AMN (Guru Utama PSGFM), Allahyarham Tuan Haji Basiron (Mantan Pengerusi PSGFM selepas Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd. Wahab) dan Allahyarham Tuan Raban (Guru PSGFM France).


PENGASAS

Allahyarham Tuan Raban, Pengasas dan Guru PSGFM Perancis.
(http://www.culture-silat.fr/seni-gayung-fatani/biographies/tuan-raban/)

Ia bermula dengan seorang insan hebat, Allahyarham Tuan Raban (meninggal dunia pada Oktober 2015), seorang warga Indonesia yang menetap di sana.  Beliau mula mengajar beberapa pencak silat di Perancis pada tahun 1978 seperti Pencak Silat Setia Hati Terate, Harimau dan Cikalong.  Allahyarham mula membawa masuk Seni Gayung Fatani pada tahun 1980 dengan menggunakan nama Penchak Silat Seni Gayong Fatani Malaysia - France.

Allahyarham Tuan Raban dalam sebuah majalah seni beladiri terbitan tahun 1990.


PERKEMBANGAN SENI GAYUNG FATANI DI FRANCE

Pada tahun 1989, Allahyarham Tuan Raban terus mengambil langkah proaktif dalam memperkenalkan Seni Gayung Fatani di bumi Perancis apabila menganjurkan satu persembahan silat di hadapan Presiden Perancis ketika itu M. Francois Mitterand dan Datuk Bandar M. Jacques Chirac.  Persembahan itu telah dijayakan sendiri oleh Guru Utama PSGFM, Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd. Wahab AMN.

Pada tahun 1990, PSGFM melalui Allahyarham Tuan Haji Basiron telah membuat persembahan pertama di Fesival Sedunia Seni Beladiri Ke-5 di Bercy, Paris.

Pada tarikh yang tidak diketahui, kelihatan Allahyarham Cikgu Basiron (berbaju putih kiri sekali), Cikgu Aminuddin (anak Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab, berbaju kelabu) dan Cikgu Abdul Rahman (melutut kedua kiri) bergambar kenangan dengan anak gelanggang PSGFM France.


BERGELANGGANG

Sesi pembelajaran pada peringkat awal adalah secara bengkel di mana guru Seni Gayung Fatani didatangkan khas dari Malaysia dan mengajar warga di sana dalam satu tempoh tertentu.  Ia bermula pada tahun 2001 di Paris oleh Guru Kanan Aziwahija, tahun 2002 di Paris oleh Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab dibantu oleh Guru Kanan Aziwahija dan pada tahun 2003 sekali lagi di bawah kelolaan Guru Kanan Aziwahija di Paris.  Pada tahun 2004, bengkel dikelolakan pula oleh Guru Kanan Halim Hamit (kini Timbalan Guru Utama) juga bertempat di Paris.  Sejak tahun 2004, Allahyarham Tuan Raban telah meminta kepada Allahyarham Tuan haji Basiron agar cikgu Halim Hamit dijadikan jurulatih PSGFM France.

Bermula tahun 2005, kaedah pembelajaran berubah apabila kali ini pesilat dari France pula datang ke Malaysia untuk menuntut ilmu.  Sejak tahun 2005 sehingga sekarang (sudah 11 tahun pada tahun 2016) tanpa gagal mereka hadir ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka di dalam Seni Gayung Fatani sehingga ada di antara mereka telah menjadi Ketua Jurulatih Antarabangsa - Cikgu Jerome.

Dari kanan: Allahyarham Tuan Haji Basiron, Allahyarham Tuan Raban dan Cikgu Halim Hamit.


Latihan pertama di Malaysia pada tahun 2005.


Latihan di Malaysia pada tahun 2007.


Tahun 2007, selain hadir menjalani latihan di Malaysia, mereka juga diberi penghormatan melakukan persembahan silat di hadapan pengantin.


Latihan di Malaysia pada tahun 2014.


Bergambar kenangan selepas tamat Ujian Penilaian Silat pada tahun 2013.


Antara pengamal Seni Gayung Fatani di Paris.


TERUS BERKEMBANG

Pada tahun 2003, PSGFM France telah mendapat kepercayaan untuk menjayakan persembahan silat di hadapan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melawat Monaco.

Pada tahun 2005, mereka telah melancarkan laman sesawang mereka dengan menggunakan nama Culture Silat (http://www.culture-silat.fr/) yang menjadi tanda perkembangan dan pencapaian semasa mereka.

Pada tahun 2015, mereka telah berjaya mendaftarkan Culture Silat di bawah pihak kerajaan sebagai sebuah kelab yang sah di sisi undang-undang untukmengajar dan mengembangkan Seni Gayung Fatani di France.  Walau bagaimana pun kesedihan menimpa semua warga PSGFM baik di France dan Malaysia apabila Allahyarham Tuan Raban dijemput ilahi pada 12 Oktober 2015.

Penulis bersama penerus legasi PSGFM France, dari kanan Ketua Jurulatih Antarabangsa Cikgu Jerome, Ketua Jurulatih dan Pengerusi Culture Silat Cikgu Audran, penulis, Jurulatih Cikgu Mathhias yang sedang mengembangkan sayap ke German dan Jurulatih Kanan Cikgu Mahery.

Kembalinya guru kesayangan ke pangkuan ilahi tidak mematahkan semangat para jurulatih dan anak gelanggang yang ditinggalkan.  Pada 2016 mereka telah berjaya membuka lagi satu gelanggang dengan nama Papensi di Perancis Barat.  Mereka juga sedang dalam usaha mengembangkan Seni Gayung Fatani ke bumi German pula.


PENUTUP

Didoakan agar sahabat-sahabat di France dipermudahkan segala urusan dalam memperjuangkan Seni Gayung Fatani di bumi France dan German serta terus melakrkan kejayaan di hari-hari mendatang.  Ucapan terima kasih kepada Cikgu Audran yang banyak berkongsi maklumat dengan penulis.  Semua gambar yang ada diambil dari laman sesawang mereka.  Sila layari untuk maklumat lanjut berkaitan Culture Silat.


RUJUKAN

http://www.culture-silat.fr/

Cikgu Audran, Ketua Jurulatih PSGFM France / Culture Silat.

Friday, 2 September 2016

Gelanggang Silat di Perancis / Silat Class in France


Jika anda pergi ke Perancis sama ada melancong atau melanjutkan pelajaran di sana, anda boleh menjalani latihan silat - Seni Gayung Fatani di Paris dan di Metz, Perancis Barat.  Kedua-dua gelanggang adalah di bawah kelolaan Culture Silat pimpinan Cikgu Jerome, Cikgu Audran, Cikgu Mahery dan Cikgu Matthias.

Ketua Jurulatih Antarabangsa (Bengkung Hitam Jalur Oren Satu) - Cikgu Jerome.

Ketua Jurul;atih (Bengkung Hitam Jalur Putih Empat) - Cikgu Audran

Jurulatih Kanan (Bengkung Hitam Jalur Putih Tiga) - Cikgu Mahery


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi mereka seperti berikut:

Laman sesawang: http://www.culture-silat.fr/
E-mel: culture.silat@gmail.com

Penulis (tengah) bersama para jurulatih Perancis di Studio Kelab Cikgu Halim semasa mereka menjalani latihan pada tahun ini (2016).  Dari kanan Cikgu Jerome, Cikgu Audran, penulis, Cikgu Matthias dan Cikgu Mahery.

Monday, 29 August 2016

Selamat Hari Kebangsaan 2016 - Sehati Sejiwa


Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2016.  Bersama mengekalkan kedaulatan negara tercinta dengan mengekalkan perpaduan berbilang bangsa.  Sesungguhnya kebencian dan perpecahan cuma mengundang malapetaka dasyat. Sehati sejiwa!