Monday, 22 February 2016

Pengumuman: Lawatan Presiden PESAKA ke Gelanggang PSGFM


Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia, YB Tan Sri Ali Rustam akan melawat gelanggang PSGFM pada ketetapan berikut:

Tarikh: 13 Mac 2016 (Ahad).
Masa: Jam 2.00 petang sehingga selesai.
Tempat: Auditorium MPAJ, Menara MPAJ.
Pakaian: Baju silat hitam, bersamping dan tengkolok rasmi pertubuhan.

Semua pesilat, jurulatih dan guru PSGFM dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Tuesday, 16 February 2016

Kejuaraan Silat Olahraga Kebangsaan PSGFM 2016



Pada 12 hingga 14 Februari 2016, bertempat di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), telah berlangsung Kejuaraan Silat Olahraga Kebangsaan PSGFM 2016.  Kejuaraan anjuran PSGFM bersama MPAJ, Arthos Trust, Yayasan Pendidikan Titiwangsa dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini disertai oleh beberapa kelab dari Kuala Lumpur dan Selangor, antaranya Kelab Cikgu Halim (KCH), Kelab Pesilat Cilik (KPC), institusi pengajian tinggi seperti UKM dan MSU serta cawangan negeri seperti PSGFM Terengganu, PSGFM Negeri Sembilan dan PSGFM Sabah.  Objektif utama kejuaraan adalah untuk mencari pesilat yang akan mewakili pertubuhan ke Kejuaran Silat Kebangsaan yang bakal berlangsung di Pontian, Johor bulan Mac nanti.

Ucapan Pengerusi PSGFM Cikgu Zaihan di Majlis Perasmian Penutup Kejuaraan.  Difahamkan terdapat banyak kejuaraan yang telah disusun oleh PESAKA Malaysia sepanjang tahun 2016 dan kejuaraan anjuran kali ini adalah yang ke 29.


Ucapan perasmian penutup oleh Tuan Haji Hasrolnizam bin Shaari, Setiausaha YDP MPAJ.  Beliau juga merupakan bekas Anak Gelanggang PSGFM semasa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ampang.




Antara persembahan penutup, persembahan tari silat oleh Cikgu Roslan Salam, Guru Kanan PSGFM Selangor merangkap ahli Dewan Pendekar PESAKA.


Pesilat dari Kelab Cikgu Halim (KCH) bergambar kenangan bersama para jemputan dan orang kuat PSGFM.


Kelab Cikgu Halim (KCH) adalah pasukan yang menang besar dalam kejuaraan kali ini apabila membawa balik 18 pingat emas, 5 pingat perak dan 1 pingat gangsa.


Keunikan dalam pasukan KCH.  Tiga orang adik beradik mewakili KCH dalam kejuaraan ini.  Ada diantara mereka berjumpa sesama sendiri di pusingan akhir.  Dua dari kanan adalah guru mereka Cikgu Halim Hamit, Guru Kanan PSGFM.