Wednesday, 23 March 2016

Perhimpunan Silat PESAKA


Majlis Perhimpunan Silat PESAKA dirancang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 14 Mei 2016 (Sabtu).
Masa: Belum ditetapkan lagi.
Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Semua Cawangan Negeri dimohon bersedia membuat penyediaan ahli seramai mungkin untuk menghadiri perhimpunan ini.  Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kemas Kini Artikel Sebelumnya - Kelebihan Ilmu Persilatan Yang Disusun

Penambahan pada artikel asal telah dibuat seperti yang dijanjikan sebelum ini untuk membuat penambahan dari semasa ke semasa.

Klik pada pautan untuk membaca artikel penuh.

http://fatanimalaysia.blogspot.sg/2015/05/kelebihan-ilmu-persilatan-yang-disusun.html

Saturday, 19 March 2016

Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke-18 2016

Pada 19 Mac 2016, Kejuaraan Silat Kebangsaan kali ke 18 yang berlangsung selama 7 hari telah melabuhkan tirainya.  Penulis tidak berpeluang untuk pergi bersama pasukan, jadi kebanyakkan gambar adalah ehsan dari Facebook pertubuhan dan Kelab Cikgu Halim (KCH).  Keputusan penuh juga gagal didapatkan.  Walau bagaimanapun, keputusan penuh untuk PSGFM adalah 1 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 3 Pingat Gangsa:

Pingat Emas - Syazwan, KCH (Kategori Tanding Kelas C Putra).

Pingat Perak - Yana KCH (Kategori Seni Solo Putri).

Pingat Gangsa
(1) Fatin, KCH (Kategori Tanding Kelas F Putri).
(2) Zalikha, KCH (Kategori Tanding Kelas Bebas).
(3) Syuhada, International Seni Gayung Fatani Federation, ISGFF (Kategori Tanding Kelas E Putri).

Yana pemenang Pingat Perak dalam Kategori Seni Solo Putri

Zalikha (belakang) pemenang Pingat Gangsa dalam Kategori Tanding Kelas Bebas Putri dan Syazwan (depan) pemenang Pingat Emas tunggal PSGFM dalam Kategori Tanding Kelas C Putra.


PSGFM juga mendapat bonus apabila Cikgu Hanieda yang bertugas sebagai Wasit Juri telah terpilih sebagai Wasit Juri Terbaik pada kejuaraan kali ini.

Guru Adiwijaya, Pengerusi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) menyampaikan hadiah kepada Cikgu Hanieda yang terpilih sebagai Wasit Juri Terbaik.

Sunday, 13 March 2016

Lawatan Presiden PESAKA ke Gelanggang PSGFM

Pada 13 Mac 2016 telah berlangsung Program Lawatan Presiden PESAKA ke gelanggang PSGFM di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).  Turut hadir ialah Setiausaha Agung PESAKA, jemputan-jemputan yang terdiri dari para penyumbang tegar PSGFM dan Badan Pendiri PESAKA.

Antara jemputan yang hadir.  Dari Kiri, Guru Kanan Selangor, SUA PSSCM, SUA PESAKA, Presiden PESAKA, Pengerusi PSGFM, Timbalan Pengerusi PSGFM.

Persembahan padang dari Kelab Cikgu Halim di bawah pimpinan Cikgu Halim Hamit, Guru Kanan PSGFM WPKL.  Esok nak pergi umrah, hari ini masih menabur jasa kepada pertubuhan kerana cintak dan sayangnya kepada pertubuhan.

Jurus keris dari Guru Muda, Ketua Jurulatih dan Jurulatih KCH.

Tempur Parang 3 oleh Cikgu Hamizah, Cikgu Norazwa dan Cikgu Syazreen.  Ketiga-tiga jurulatih ini sibuk dengan bidang masing-masing, sebagai atlet Malaysia (Cikgu Hamizah dan Cikgu Syazreen) dan peragaan (Cikgu Norazwa)...tapi bila cikgu panggil buat persembahan, mereka datang.

Persembahan ala-ala teater oleh Gayung Fatani Antarabangsa pimpinan Cikgu Aziwahija.

Pesilat KCH bergambar kenangan bersama guru mereka.

'Boy Band' Yang mengiringi persembahan.  Antara pakar pergendangan silat dalam PSGFM.

Pasukan Kebangsaan PSGFM yang akan bertanding di Kejuaraan Silat Kebangsaan bermula 14 Mac ini.

PSGFM bergambar kenangan bersama Presiden PESAKA.

Antara Guru Tua yang hadir.  Tiada yang lama mana datangnya baharu?

Antara bahan pameran yang disediakan.

Thursday, 10 March 2016

Bendera PSGFM Berkibar Megah di Puncak Tertinggi Asia Tenggara

Gambar ehsan Facebook Nazeem Acai'er.


Tahukah anda bahawa bendera PSGFM pernah berkibar dengan megah di puncak tertinggi Asia Tenggara, Gunung Kinabalu?

Bendera telah dikibarkan oleh Guru Muda Mohd Nazim, dari Kelab Cikgu Halim, semasa mengikuti ekspedisi menawan Gunung Kinabalu anjuran Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah diadakan pada 21-23 September 2013.

Sunday, 6 March 2016

Kursus Kejurulatihan Silat Manual Tahap 1 & 2 Kebangsaan 2016

Peserta dari PSGFM: 3 dari PSGFM WPKL, 4 dari PSGFM Kelantan dan 1 dari PSGFM Selangor.


Pada 2 hingga 6 Mac 2016, bertempat di Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI, Tanjung Malim (terkini Tanjung Muallim), telah berlangsung Kursus Kejurulatihan Silat Manual Tahap 1 & 2 Kebangsaan 2016 anjuran PESAKA Malaysia dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Institut Sukan Malaysia (ISN) dan UPSI.

Kursus kali ini merupakan kursus terbesar yang dihadiri oleh 16 orang untuk Tahap 2 dan 55 orang untuk Tahap 1.  Untuk Tahap 2, 15 orang peserta lulus manakala seorang terpaksa menarik diri kerana kecederaan manakala 44 orang telah lulus untuk Tahap 2 (Penyertaan asal ialah 20 orang untuk Tahap 2 dan 70 orang untuk Tahap 1).

Pesilat Negara yang sedang menjalani Program Podium juga telah menyertai kursus ini seperti Al Jufri, Humairah, Siti Rahmah dan Fauzi.

Untuk PSGFM, pihak pertubuhan telah menghantar lapan orang peserta, seorang untuk Tahap 2 dan tujuh orang untuk Tahap 1.  Kesemua mereka telah lulus.  Seorang peserta dari PSGFM telah dianugerahkan peserta terbaik kursus Tahap 1 apabila mendapat markah tertinggi iaitu Izhar bin Mat Isa.

Kursus ini adalah salah satu kursus yang perlu dihadiri selain kursus sains sukan untuk membolehkan para jurulatih silat memohon Lesen Kejurulatihan Kebangsaan di Program Skim Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) ISN.  Lesen ini telah menjadi antara syarat kemasukan mengajar/melatih silat di IPTA/S.  Untuk Program 1 Sekolah 1 Silat, kursus sebegini dapat menyediakan jurulatih yang berwibawa untuk menjayakan program yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

UPSI International Pencak Silat Championship 2016


Kejuaraan Silat Kebangsaan ke 18 2016