Sunday, 31 July 2016

Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016 - Tahniah kepada Pesilat PSGFM

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pesilat Kelab Cikgu Halim (KCH) yang telah memenangi pingat di SUKMA Sarawak 2016 yang telah pun menutup tirainya secara rasmi semalam.  Mereka adalah:

Pingat Emas Kategori Silat Tanding Kelas D Putera setelah menewaskan pesilat dari negeri Perak.

Pingat Perak Kategori Silat Tanding Kelas C Putera setelah tewas di tangan pesilat dari negeri Pahang.

Pingat Gangsa Kategori Silat Tanding Kelas D Puteri.

Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016 - Laporan Rasmi Kutipan Pingat Sukan Pencak Silat


Untuk keputusan rasmi kutipan penuh sukan pencak silat, anda boleh layari di sini

http://gms.sukmasarawak2016.my/RS2016/bm/cm/Medalsaudit_Sports.aspx?sid=22&sname=Pencak%20Silat&scode=ps&fid=4

Wednesday, 27 July 2016

Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016 - Keputusan Acara Seni (Akhir) Sukan Pencak Silat


Berikut adalah keputusan penuh bagi sukan Pencak Silat, Acara Seni (Akhir) yang telah berlangsung semalam 27 Julai 2016:

Kategori Tunggal Putera:
Emas - Sarawak (435).
Perak - Sabah (428).
Gangsa - Johor (427).

Kategori Tunggal Puteri:
Emas - Sarawak (449).
Perak - Selangor (440).
Gangsa - Pahang (431).

Kategori Solo Kreatif Puteri:
Emas - Perak (237).
Perak - Selangor (230).
Gangsa - Melaka (225).

Kategori Solo Kreatif Putera:
Emas - Sarawak (251).
Perak - Selangor (249).
Gangsa - (236).

Kategori Regu Putera:
Emas - Selangor (441).
Perak - Johor (437).
Gangsa - Sarawak (433).

Kategori Regu Puteri:
Emas - Sarawak (438).
Perak - Selangor (437).
Gangsa - Johor (429).

Kategori Ganda Putera:
Emas - Selangor (546).
Perak - Perak (536).
Gangsa - Johor (535.

Kategori Ganda Puteri:
Emas - Sarawak (522).
Perak - Pahang (509).
Gangsa - Wilayah Persekutuan (502).

Rumusan pingat Silat Seni adalah seperti berikut:

Sarawak 5 Emas, 1 Gangsa.
Selangor 2 Emas, 4 Perak.
Perlis 1 Emas, 1 Perak.
Pahang 1 Perak, 1 Gangsa.
Johor 1 Perak, 3 Gangsa.
Pahang 1 Perak, 1 Gangsa.
Sabah 1 Perak.
Kedah 1 Gangsa.
Wilayah Persekutuan 1 Gangsa.
Melaka 1 Gangsa.

Sehingga semalam, terdapat 3 orang pesilat PSGFM yang mewakili Wilayah Persekutuan di bawah pimpinan Cikgu Halim Hamit, Timbalan Guru Utama PSGFM, akan bermain di pentas akhir.  Sama-sama kita doakan kejayaan pesilat kita.

Sunday, 17 July 2016

ASEAN University Games (AUG) 2016 - Pencak Silat


Setinggi-tinggi tahniah untuk pasukan pencak silat yang mewakili Malaysia ke AUG 2016 Singapore apabila mencatatkan pencapaian yang baik pada edisi kali ini iaitu 6 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa.  Penyumbang pingat adalah seperti berikut:

Pingat Emas:
(1) Kategori Seni Ganda Putera.
(2) Kategori Tanding Kelas B Putera.
(3) Kategori Tanding Kelas D Putera.
(4) Kategori Tanding Kelas G Putera.
(5) Kategori Tanding Kelas H Putera.
(6) Kategori Tanding Kelas D Puteri - Nurul Ain Sohrab.

Pingat Perak:
(1) Kategori Seni Tunggal Putera.
(2) Kategori Tanding Kelas E Putera.
(3) Kategori Tanding Kelas A Puteri.

Pingat Gangsa:
(1) Kategori Tanding Kelas C Puteri.

Setinggi-tinggi tahniah kepada para jurulatih, pasukan pengurusan dan pesilat yang bertungkus lumus mengharumkan nama negara.

*Akan dikemaskinikan nama-nama pesilat nanti.

Monday, 11 July 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah

https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Tuanku_Mizan_Zainal_Abidin

PSGFM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1437, maaf zahir dan batin.  Semoga semua ibadah kita pada Ramadhan yang lepas diterima oleh Allah SWT.  Diharap semua berbahagia bersama keluarga tercinta.