Monday, 29 August 2016

Selamat Hari Kebangsaan 2016 - Sehati Sejiwa


Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2016.  Bersama mengekalkan kedaulatan negara tercinta dengan mengekalkan perpaduan berbilang bangsa.  Sesungguhnya kebencian dan perpecahan cuma mengundang malapetaka dasyat. Sehati sejiwa!




Sunday, 28 August 2016

Dutch Open 2016 International Pencak Silat Event

Pada 27 dan 28 Ogos yang lepas, bertempat di Roermond, Nertherlands, Pengerusi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah diberi kepercayaan oleh pihak Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) untuk mengetuai pasukan Malaysia ke Dutch Open 2016 International Pencak Silat Event.  Berikut adalah beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh beliau untuk tatapan bersama ahli-ahli PSGFM:

Membuat persembahan bersama Jurulatih PSGFM German/France, Cikgu Matthias di kejohanan.  Cikgu Matthias sedang mempamerkan bunga sembahnya.

Bersilat pulut di Netherlands bersama Cikgu Matthias.

Mengakhiri persembahan silat pulut dengan bunga sembah.

Bergambar kenang-kenangan bersama Cikgu Matthias.  Cikgu Matthias adalah pemegang Bengkung Hitam Jalur Putih Dua (Jurulatih).  Beliau mendapat bimbingan setiap tahun di Malaysia dari Cikgu Halim Hamit, Timbalan Guru Utama PSGFM.

Bergambar kenangan bersama pasukan Malaysia.

Bergambar kenangan Duta Indonesia di Nertherlands.

Bergambar kenangan bersama Duta Malaysia di Nertherlands, Datuk Ahmad Nazri Yusof

Bergambar kenangan dengan pengurusan Pasukan Malaysia dan keluarga Duta Malaysia di Nertherland.  Berbaju Persatuan Cekak Malaysia, berbengkung merah adalah Datuk Rosman Mat Deli, berjaket Malaysia adalah Datuk Osman Nok.



Rakaman RTM untuk Program TV2

Rakaman dilakukan oleh RTM di Studio Kelab Cikgu Halim (KCH) pada 20 Ogos 2016 yang lepas.  Tajuk program tidak dikatahui namun jangka masa siaran adalah pada Disember nanti.





Program Motivasi Kelab Cikgu Halim (KCH)


Pada 19 hingga 20 Ogos 2016 yang lalu bertempat di Studio Kela Cikgu Halim (KCH) telah berlansung satu program motivasi anjuran Najib Razak Club (NRC) untuk atlet-atlet KCH.  Program ini disertai oleh 40 orang pesilat berlangsung dalam keadaan penuh ceria.  Program ini dapat memberi persediaan mental kepada para pesilat dalam menjalani latihan dan menghadapi pertandingan-pertandingan yang mendatang.

Monday, 22 August 2016

Kursus Wasit Juri Tahap 3 Kebangsaan Anjuran PESAKA KL

Pesilat dan Jurulatih dari Kelab Cikgu Halim (KCH) bergambar kenangan bersama tenaga pengajar kursus wasit juri antaranya Cikgu Kamarul (berbaju hitam tengah).

Berita lanjut di http://www.bharian.com.my/node/185307






Monday, 8 August 2016

6th Southeast Asia Silat Championship 2016



Depan dari kanan Cikgu Mieza & Cikgu Syazreen.
Belakang dari kanan Syazwan, Shiela, Cikgu Halim Hamit & Iskandar



Selamat maju jaya kami ucapkan kepada para jurulatih dan pesilat PSGFM yang mewakili Malaysia ke kejohanan ini.  Mereka yang terlibat ialah Cikgu Syazreen, Cikgu Mieza, Shiela, Syazwan dan Iskandar yang kesemuanya dari Kelab Cikgu Halim (KCH).  Semoga beroleh kejayaan dan diberi keselamatan sepanjang pertandingan.

Ayuh semua kita hadir dan beri sokongan kepada kawan-kawan kita!



Kemaskini 12/8/2016:

Cikgu Syazreen & Cikgu Mieza telah memenangi pingat emas dalam acara seni kategori Ganda Puteri.  Yang lain masih mencari.


Kemaskini 13/8/2016:
Gambar yang diperolehi adalah dari yang dikongsikan di dalam applikasi WhatsApp.  Tak pasti siapa jurugambarnya.

Cikgu Syazreen & Cikgu Mieza Juara Kategori Ganda Puteri.  Kelihatan ganda Vietnam di tempat yang kedua.

Shiela (paling kiri di podium no.2) menang pingat perak dalam kategori Regu Puteri.  Kalah kepada regu Vietnam.

Iskandar menang pingat perak.  Kalah kepada pesilat Thailand. 

Syazwan (Team Malaysia B) menang pingat perak kalah kepada pesilat Team Malaysia A.