LOGO DAN MOTO PSGFM

LOGO PERTUBUHAN


Logo yang berbentuk bulat diambil daripada Tapak Bulat atau langkah Melilit yang menggambarkan pergerakan dan kesatuan yang padu.

Perkataan membawa makna tertentu iaitu SENI bermakna hasil ciptaan yang indah sempurna iaitu Silat yang berdasarkan seni budaya Melayu.  GAYUNG bermaksud seni beladiri zahir batin.  FATANI bermaka bijaksana.  MALAYSIA ialah negara Malaysia.

Warna merah lambang keberanian, hijau ialah kesuburan dan kepercayaan agama, kuning islah kedaulatan, putih ialah suci dan bersih dan hitam ialah matang dan keluhuran.

Keris bersilang sarung lambang semangat kepahlawanan Melayu dan tangan bermaksud bertanggungjawab, berusaha dan gigih.




MOTO PERTUBUHAN


"FATANI NUSA BAKTI"



Fatani bermakna bijaksana, pandai atau cerdik.  Nusa bermakna negara atau tanah air.  Bakti bermaksud sumbangan atau perjuangan ikhlas kepada diri, bangsa, agama dan negara.

Moto tersebut membawa pengertian bahawa pesilat, khususnya ahli PSGFM sebagai insan yang dapat bertindak secara berakal atau bijaksana melaksanakan perjuangan demi kepentingan negara.  Menjauhkan diri daripada segala yang tercela yang boleh membinasakan diri pada zahir batin.  Orang yang berilmu dan berakal bijak dapat menghayati keagungan Tuhan yang Esa.  Sebagai insan sebaik-baik ciptaan di alam yang diangkat sebagai khalifah Allah amat arif dan mengerti makna kehidupan yang sementara kepada kehidupan yang kekal dan yang sehubungan dengannya.

No comments: